Koleksi kesayangan Kak Limah di HSH iaitu freeze magnet semakin bertambah. Kali ini adalah pemberian rakan sepejabat Kak Limah yang amat suka pergi melancong dengan keluarganya....ada duit mana-mana pun boleh pergi kan. Yang terbaru lokasi pelancongannya adalah kota LONDON. Kak Limah pun ambil kesempatan mengirim untuk menambah koleksi. Terima kasih banyak-banyak lah kepada rakan Kak Limah tu, sebab dah berkali-kali Kak Limah tanya harganya. Jawapannya, "...ambik jer lah...". Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki rakan Kak Limah tu...
Jadi, jom tengok koleksi yang comel ni....
Thursday, 30 June 2011
Thursday, 23 June 2011
Makan di Kuantan, Pahang
Jalan-jalan juga...makan jangan dilupakan. Sambil tengok-tengok rumah, perut pun berbunyi minta diisi. Alang-alang dah sampai di Kuantan, pekena ikan patin masak tempoyak la jawabnyer... Susah nak dapat yang sedap di Kuala Lumpur.... Apapun, marilah kita menjamu mata.......
Patin Masak Tempoyak.....terbaekkkk....... |
Nasi kosong dengan telur masin...pekena dengan patin tadi...terangkat... |
Yang ni pun lawan dengan patin juga... |
Yang ini tak geng...sebab tak makan ikan patin.... |
Labels:
MAKAN-MAKAN
Location:
26100 Beserah, Pahang, Malaysia
RUMAH ADIKKU...
Salam dari Akak Limah...dah lama tak menulis... ALmaklumlah, hidup penuh dengan pelbagai agenda. Baru-baru ni Kak Limah pergi ke bandar Kuantan sekali lagi...bukan jalan sesaje, tapi nak melihat-lihat rumah yang bakal dibeli oleh adik Kak Limah di kawasan Beserah, tak berapa jauh lah dari rumah Kak Limah. Mula-mula adik Kak Limah nak beli rumah di Kuala Lumpur. Tetapi di atas faktor kos, dan lain-lain faktor, maka dia telah merubah fikiran dan bersetuju untuk membuat pelaburan di Kuantan... Mungkin setelah cukup modal dan membuat perancangan yang baik, adik Kak Limah boleh membeli rumah keduanya pula selepas ini....
Nasihat Kak Limah, eloklah membuat perancangan untuk membeli rumah semasa masih muda. Bukan apa, senang sebab tempoh pinjaman yang panjang, dan yang lebih penting, sebagai persediaan di masa susah. Sasaran Kak Limah seterusnya ialah adik bongsu lelaki yang baru saja mendapat pekerjaan tetap. Akan Kak Limah usahakan supaya dia juga menurut jejak langkah kakak dan abangnya...insyaallah....
Ini adalah rumah contoh. Kawasan rumah yang bakal dibeli masih belum naik lagi tiangnya. |
Pandangan dari pintu masuk. |
Pandangan dari ruang tamu ke arah dapur... |
Dari arah dapur ke ruang tamu. |
Tandas gunasama. |
Ini dari dalam bilik kedua. Ada tingkap di atas, bermakna ventilation yang baik. |
Bilik tidur utama. Ada bilik air di dalam. |
Ruang dapur. |
Pandangan di persekitaran belakang rumah... |
Pandangan dari pintu belakang.... |
Ruang tamu yang selesa. |
Inilah lokasi sebenar rumah yang bakal dibeli. Dijangka siap pada tahun 2012. Datang melawat tanah jer la dulu.... |
Jalan masuk utama |
Nasihat Kak Limah, eloklah membuat perancangan untuk membeli rumah semasa masih muda. Bukan apa, senang sebab tempoh pinjaman yang panjang, dan yang lebih penting, sebagai persediaan di masa susah. Sasaran Kak Limah seterusnya ialah adik bongsu lelaki yang baru saja mendapat pekerjaan tetap. Akan Kak Limah usahakan supaya dia juga menurut jejak langkah kakak dan abangnya...insyaallah....
Subscribe to:
Posts (Atom)