Koleksi kesayangan Kak Limah di HSH iaitu freeze magnet semakin bertambah. Kali ini adalah pemberian rakan sepejabat Kak Limah yang amat suka pergi melancong dengan keluarganya....ada duit mana-mana pun boleh pergi kan. Yang terbaru lokasi pelancongannya adalah kota LONDON. Kak Limah pun ambil kesempatan mengirim untuk menambah koleksi. Terima kasih banyak-banyak lah kepada rakan Kak Limah tu, sebab dah berkali-kali Kak Limah tanya harganya. Jawapannya, "...ambik jer lah...". Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki rakan Kak Limah tu...
Jadi, jom tengok koleksi yang comel ni....
Thursday, 30 June 2011
Thursday, 23 June 2011
Makan di Kuantan, Pahang
Jalan-jalan juga...makan jangan dilupakan. Sambil tengok-tengok rumah, perut pun berbunyi minta diisi. Alang-alang dah sampai di Kuantan, pekena ikan patin masak tempoyak la jawabnyer... Susah nak dapat yang sedap di Kuala Lumpur.... Apapun, marilah kita menjamu mata.......
Patin Masak Tempoyak.....terbaekkkk....... |
Nasi kosong dengan telur masin...pekena dengan patin tadi...terangkat... |
Yang ni pun lawan dengan patin juga... |
Yang ini tak geng...sebab tak makan ikan patin.... |
Labels:
MAKAN-MAKAN
Location:
26100 Beserah, Pahang, Malaysia
RUMAH ADIKKU...
Salam dari Akak Limah...dah lama tak menulis... ALmaklumlah, hidup penuh dengan pelbagai agenda. Baru-baru ni Kak Limah pergi ke bandar Kuantan sekali lagi...bukan jalan sesaje, tapi nak melihat-lihat rumah yang bakal dibeli oleh adik Kak Limah di kawasan Beserah, tak berapa jauh lah dari rumah Kak Limah. Mula-mula adik Kak Limah nak beli rumah di Kuala Lumpur. Tetapi di atas faktor kos, dan lain-lain faktor, maka dia telah merubah fikiran dan bersetuju untuk membuat pelaburan di Kuantan... Mungkin setelah cukup modal dan membuat perancangan yang baik, adik Kak Limah boleh membeli rumah keduanya pula selepas ini....
Nasihat Kak Limah, eloklah membuat perancangan untuk membeli rumah semasa masih muda. Bukan apa, senang sebab tempoh pinjaman yang panjang, dan yang lebih penting, sebagai persediaan di masa susah. Sasaran Kak Limah seterusnya ialah adik bongsu lelaki yang baru saja mendapat pekerjaan tetap. Akan Kak Limah usahakan supaya dia juga menurut jejak langkah kakak dan abangnya...insyaallah....
Ini adalah rumah contoh. Kawasan rumah yang bakal dibeli masih belum naik lagi tiangnya. |
Pandangan dari pintu masuk. |
Pandangan dari ruang tamu ke arah dapur... |
Dari arah dapur ke ruang tamu. |
Tandas gunasama. |
Ini dari dalam bilik kedua. Ada tingkap di atas, bermakna ventilation yang baik. |
Bilik tidur utama. Ada bilik air di dalam. |
Ruang dapur. |
Pandangan di persekitaran belakang rumah... |
Pandangan dari pintu belakang.... |
Ruang tamu yang selesa. |
Inilah lokasi sebenar rumah yang bakal dibeli. Dijangka siap pada tahun 2012. Datang melawat tanah jer la dulu.... |
Jalan masuk utama |
Nasihat Kak Limah, eloklah membuat perancangan untuk membeli rumah semasa masih muda. Bukan apa, senang sebab tempoh pinjaman yang panjang, dan yang lebih penting, sebagai persediaan di masa susah. Sasaran Kak Limah seterusnya ialah adik bongsu lelaki yang baru saja mendapat pekerjaan tetap. Akan Kak Limah usahakan supaya dia juga menurut jejak langkah kakak dan abangnya...insyaallah....
Thursday, 12 May 2011
KENAPA AKU DIUJI ?
Kak Limah baru balik dari berkursus...agak keletihan kerana tiga hari dua malam berturut-turut berusaha menyiapkan kertas kerja bersama-sama dengan rakan-rakan sekumpulan yang lain. Hari pertama sampai iaitu hari Selasa, perbincangan bermula dari jam 3.00 petang dan berlarutan sehingga jam 2.30 pagi. Hari kedua iaitu Rabu, perbincangan bersambung lagi dari jam 8.30 pagi sampailah ke pukul 11.30 malam. Itu pun Kak Limah beredar lebih awal kerana kepala sakit dan berdenyut-denyut. Mungkin sebab tak cukup tidur. Dua orang rakan sekumpulan Kak Limah cuba menyiapkan sehingga jam 2.30 pagi....aduhhh...laratnya mata diorang tuh... Dan hari ini, perbincangan bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tgh. Itu pun sebab kena check-out.
Cukuplah cerita tentang kursus... Kali ini Kak Limah nak kongsi artikel yang bagus untuk dijadikan renungan kita bersama. Kak Limah jumpa artikel ni semasa surf internet sambil-sambil menonton berita semasa. Kak Limah nak layan mata sebelum masuk tidor awal malam ni.... Apapun, semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari artikel di bawah ini ya.....
" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?
" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA KECEWA ??
" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "
-Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?
" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. "
-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', "
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... "
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. "
-Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!
" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. "
-Surah Yusof ayat 87
Artikel dari :
Sunday, 1 May 2011
SELAMAT HARI PEKERJA 2011
01 MEI 2011...bersamaan dengan HARI PEKERJA atau HARI BURUH atau hari cuti yang amat ditunggu-tunggu oleh para pekerja. Pada tahun 2011 ini HARI PEKERJA jatuh pada hari Ahad, maka berganda-ganda lah cuti umum kita yang bersambung sehingga hari Isnin. Jalan raya telah mula sesak semenjak hari Jumaat.... Manakan tidak, warga kota sememangnya menunggu-nunggu cuti panjang sebegini untuk bercuti atau pulang ke kampung halaman. Semalam pun semasa Kak Limah balik ke Kuala Lumpur, jalan raya teramatlah sesak dengan kenderaan-kenderaan yang tak pernah surut. Kadangkala terfikir juga, sampai bilalah kita harus menempuhi suasana kesesakan begini ya....
Sempena cuti yang panjang ini juga, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis kenduri kahwin dan sebagainya...yelah, mengambil peluang cuti Hari Pekerja barangkali. Kak Limah sendiri mendapat jemputan kenduri kahwin pada hari ini, tetapi memandangkan lokasi yang agak jauh dan juga keadaan yang tidak mengizinkan, Kak Limah tidak dapat memenuhi jemputan berkenaan. Terkilan juga rasanya tetapi halangan-halangan yang timbul tak dapat Kak Limah elakkan. Selain itu juga, beberapa orang sahabat Kak Limah sendiri melangsungkan perkahwinannya pada tarikh ini. Senang kan untuk mengingati tarikh istimewa yang sama dengan tarikh cuti umum seperti ini.
Di kesempatan ini, Kak Limah ingin menyampaikan beberapa ucapan istimewa sepertimana paparan di bawah....yang berkaitan dengan tarikh 01 MEI 2011. Kak Limah doakan semoga sesiapa sahaja yang meraikan tarikh ini bergembira selalu, berbahagia dan dirahmati olehNYA..... Yang penting, sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada, dan jangan dikesali dengan apa yang kita tiada.....amin....
Wednesday, 27 April 2011
MAKAN-MAKAN DI JAKARTA & BANDUNG, INDONESIA
Kali ini Kak Limah nak berkongsi gambar makanan yang enak-enak semasa Kak Limah bercuti di Jakarta dan Bandung, INDONESIA. Makanan di sana lebih kurang di Malaysia juga rupanya. Tidaklah jauh berbeza. Cuma Kak Limah terlalu berhati-hati apabila nak makan di sana...ye lah...apabila memikirkan tahap ke'halal'annya... Lebih baik berjaga-jaga daripada terkena, kan.
Kak Limah tak ingat sebenarnya nama-nama makanan ni...kita menjamu mata jer lah ya...
Yang ini pula Kak Limah makan di tempat namanya KAMPUNG DAUN GALLERY CULTURE CAFE & SPA...
Sedap dan menyelerakan..nyumm..nyumm..nyummm......
MERCU TANDA
Agak lama Kak Limah tak menulis di blog ni...sedar-sedar dah ada follower pun... Terima kasih banyak-banyak Kak Limah ucapkan kepada yang sudi menjengok ke blog ini...
Kak Limah buka gambar-gambar lama...terjumpalah sekeping yang menarik untuk dikongsikan. Walaupun ia hanya papan tanda biasa, tetapi ramai yang tak perasan kewujudannya....jom kita tengok!
Mercu tanda ni terletak di Rompin, Pahang...replika ikan tu memang besar...pada Kak Limah, ia memang kreatif... Sambil-sambil memandu atau berjalan-jalan tu, eloklah kita memerhatikan di sekeliling kita kerana terdapat pelbagai perkara menarik yang tidak kita sedari...
Renung-renungkan...dan selamat beramal...!
Sunday, 17 April 2011
SEDETIK LEBIH - ANUAR ZAIN
Lagu ni sedap kan...Kak Limah terasa berada dalam mode jiwang pula. Tapi lagu ni tak full version...tak kesahlah, yang penting, lagu menusuk kalbu...
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...
EDRY ABDUL HALIM
KRU Publishing Sdn Bhd
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...
EDRY ABDUL HALIM
KRU Publishing Sdn Bhd
Friday, 15 April 2011
INSHA ALLAH.......
Lagu kegemaran Kak Limah....
Insha Allah – Maher Zain
Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and that you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s way too late
You’re so confuse
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Oohh Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one who can show me the way
Show me the way
Show me the way
Show me the way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
IMPIAN
Lama rasanya tak menulis di blog kesayangan Kak Limah ni... Nak buat macam mana, kekangan masa menyebabkan blog ni tersadai untuk beberapa hari. Kak Limah suka dengan kata-kata motivasi yang ada di atas ni. Bukan yang ni jer, Kak Limah juga suka membaca buku-buku motivasi dan yang selalu jadi pilihan sekarang ni ialah buku garapan pakar motivasi terkenal, Dr HM TUAH ISKANDAR-al haj. Semenjak beliau datang memberi ceramah motivasi di pejabat Kak Limah tahun lalu, Kak Limah dah jadi peminatnya pula.
Apapun, motivasi perlu dalam hidup dan bak kata Dr HM TUAH ISKANDAR-al haj, "Binalah motivasi anda untuk menjadi manusia yang cemerlang, gemilang dan terbilang".
Salam ceria dari Kak Limah.
Monday, 11 April 2011
RENUNGAN MEMUJUK HATI...
Malam ni Kak Limah jadi sentimental lak...tak tahu lah kenapa... Sambil-sambil surf internet ni, terjumpa satu blog yang menarik, dan Kak Limah amat tertarik dengan salah satu daripada artikelnya... Kak Limah ingin berkongsi artikel tersebut, dan berharap tuan punya blog mengizinkannya. Kalau ada kelapangan, jengahlah ke blog berkenaan... http://ayatcinta.wordpress.com
.: RENUNGAN MEMUJUK HATI :.
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.
Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang memberi seseorang . Seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! jangan harapkan cinta sebagai balasan. nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak , pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut, carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuat hati anda tersenyum. akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan , pergilah ke mana – mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan dan
harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.
harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang, jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kabahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam
memiliki semuanya yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
memiliki semuanya yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang
telah menyentuh hidup mereka.
telah menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh
meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula
yang akan menangis.
yang akan menangis.
Sunday, 10 April 2011
PENANG...PULAU MUTIARA
Baru-baru ni, 06 - 07 April 2011 Kak Limah ke Pulau Pinang atas urusan kerja. Naik bas opis jer...tp perjalanan agak memenatkan. Pegi hari Rabu, balik hari Khamis. Syoknyer pasal keje luar ni ialah dapat merasa makanan orang...ala-ala "Jalan-Jalan Cari Makan". Kebetulan pula kebanyakan tempat makan yang Kak Limah pegi ni telahpun diiktiraf oleh JJCM TV3. Oleh itu, Kak Limah nak share lah makanan kat sinuuunnn.......
Subscribe to:
Posts (Atom)