Sunday, 1 May 2011

SELAMAT HARI PEKERJA 2011

01 MEI 2011...bersamaan dengan HARI PEKERJA atau HARI BURUH atau hari cuti yang amat ditunggu-tunggu oleh para pekerja. Pada tahun 2011 ini HARI PEKERJA jatuh pada hari Ahad, maka berganda-ganda lah cuti umum kita yang bersambung sehingga hari Isnin. Jalan raya telah mula sesak semenjak hari Jumaat.... Manakan tidak, warga kota sememangnya menunggu-nunggu cuti panjang sebegini untuk bercuti atau pulang ke kampung halaman. Semalam pun semasa Kak Limah balik ke Kuala Lumpur, jalan raya teramatlah sesak dengan kenderaan-kenderaan yang tak pernah surut. Kadangkala terfikir juga, sampai bilalah kita harus menempuhi suasana kesesakan begini ya....

Sempena cuti yang panjang ini juga, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis kenduri kahwin dan sebagainya...yelah, mengambil peluang cuti Hari Pekerja barangkali. Kak Limah sendiri mendapat jemputan kenduri kahwin pada hari ini, tetapi memandangkan lokasi yang agak jauh dan juga keadaan yang tidak mengizinkan, Kak Limah tidak dapat memenuhi jemputan berkenaan. Terkilan juga rasanya tetapi halangan-halangan yang timbul tak dapat Kak Limah elakkan. Selain itu juga, beberapa orang sahabat Kak Limah sendiri melangsungkan perkahwinannya pada tarikh ini. Senang kan untuk mengingati tarikh istimewa yang sama dengan tarikh cuti umum seperti ini. 

Di kesempatan ini, Kak Limah ingin menyampaikan beberapa ucapan istimewa sepertimana paparan di bawah....yang berkaitan dengan tarikh 01 MEI 2011. Kak Limah doakan semoga sesiapa sahaja yang meraikan tarikh ini  bergembira selalu, berbahagia dan dirahmati olehNYA..... Yang penting, sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada, dan jangan dikesali dengan apa yang kita tiada.....amin....
































No comments:

Post a Comment