Wednesday, 27 April 2011

MAKAN-MAKAN DI JAKARTA & BANDUNG, INDONESIA

Kali ini Kak Limah nak berkongsi gambar makanan yang enak-enak semasa Kak Limah bercuti di Jakarta dan Bandung, INDONESIA. Makanan di sana lebih kurang di Malaysia juga rupanya. Tidaklah jauh berbeza. Cuma Kak Limah terlalu berhati-hati apabila nak makan di sana...ye lah...apabila memikirkan tahap ke'halal'annya... Lebih baik berjaga-jaga daripada terkena, kan.

Kak Limah tak ingat sebenarnya nama-nama makanan ni...kita menjamu mata jer lah ya...


Yang ini pula Kak Limah makan di tempat namanya KAMPUNG DAUN GALLERY CULTURE CAFE & SPA...  
Sedap dan menyelerakan..nyumm..nyumm..nyummm......









MERCU TANDA

Agak lama Kak Limah tak menulis di blog ni...sedar-sedar dah ada follower pun... Terima kasih banyak-banyak Kak Limah ucapkan kepada yang sudi menjengok ke blog ini...

Kak Limah buka gambar-gambar lama...terjumpalah sekeping yang menarik untuk dikongsikan. Walaupun ia hanya papan tanda biasa, tetapi ramai yang tak perasan kewujudannya....jom kita tengok!




Mercu tanda ni terletak di Rompin, Pahang...replika ikan tu memang besar...pada Kak Limah, ia memang kreatif... Sambil-sambil memandu atau berjalan-jalan tu, eloklah kita memerhatikan di sekeliling kita kerana terdapat pelbagai perkara menarik yang tidak kita sedari...
Renung-renungkan...dan selamat beramal...!


Sunday, 17 April 2011

SEDETIK LEBIH - ANUAR ZAIN


Lagu ni sedap kan...Kak Limah terasa berada dalam mode jiwang pula. Tapi lagu ni tak full version...tak kesahlah, yang penting, lagu menusuk kalbu...

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu...

EDRY ABDUL HALIM

KRU Publishing Sdn Bhd

Friday, 15 April 2011

INSHA ALLAH.......



Lagu kegemaran Kak Limah....




Insha Allah – Maher Zain

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and that you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can’t see which way to go

Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way


Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s way too late
You’re so confuse
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Oohh Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one who can show me the way

Show me the way
Show me the way
Show me the way

Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

IMPIAN


Lama rasanya tak menulis di blog kesayangan Kak Limah ni... Nak buat macam mana, kekangan masa menyebabkan blog ni tersadai untuk beberapa hari. Kak Limah suka dengan kata-kata motivasi yang ada di atas ni. Bukan yang ni jer, Kak Limah juga suka membaca buku-buku motivasi dan yang selalu jadi pilihan sekarang ni ialah buku garapan pakar motivasi terkenal, Dr HM TUAH ISKANDAR-al haj. Semenjak beliau datang memberi ceramah motivasi di pejabat Kak Limah tahun lalu, Kak Limah dah jadi peminatnya pula.

Apapun, motivasi perlu dalam hidup dan bak kata Dr HM TUAH ISKANDAR-al haj, "Binalah motivasi anda untuk menjadi manusia yang cemerlang, gemilang dan terbilang".

Salam ceria dari Kak Limah.

Monday, 11 April 2011

RENUNGAN MEMUJUK HATI...


Malam ni Kak Limah jadi sentimental lak...tak tahu lah kenapa... Sambil-sambil surf internet ni, terjumpa satu blog yang menarik, dan Kak Limah amat tertarik dengan salah satu daripada artikelnya... Kak Limah ingin berkongsi artikel tersebut, dan berharap tuan punya blog mengizinkannya. Kalau ada kelapangan, jengahlah ke blog berkenaan... http://ayatcinta.wordpress.com

.: RENUNGAN MEMUJUK HATI :.


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita. 
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.
Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang memberi seseorang . Seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! jangan harapkan cinta sebagai balasan. nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak , pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. 
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut, carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuat hati anda tersenyum. akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan , pergilah ke mana – mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan dan
harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang, jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kabahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam
memiliki semuanya yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang
telah menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh
meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula
yang akan menangis.

Sunday, 10 April 2011

PENANG...PULAU MUTIARA

Baru-baru ni, 06 - 07 April 2011 Kak Limah ke Pulau Pinang atas urusan kerja. Naik bas opis jer...tp perjalanan agak memenatkan. Pegi hari Rabu, balik hari Khamis. Syoknyer pasal keje luar ni ialah dapat merasa makanan orang...ala-ala "Jalan-Jalan Cari Makan". Kebetulan pula kebanyakan tempat makan yang Kak Limah pegi ni telahpun diiktiraf oleh JJCM TV3. Oleh itu, Kak Limah nak share lah makanan kat sinuuunnn.......







Ini adalah gambar pemandangan sekitar Penang yang sempat Kak Limah rakamkan....









Saturday, 2 April 2011

Koleksi Kesayangan di HSH

Inilah antara koleksi kesayangan Kak Limah di HSH...freeze magnet Setiap kali Kak Limah pergi ke tempat-tempat lain, bagi tujuan kerja ke, atau melancong, atau bercuti dan sebagainya, mesti Kak Limah akan cari freeze magnet ni. Ada juga yang diberi oleh kawan-kawan Kak Limah sebagai cenderahati... Ini masih tak banyak. Kak Limah akan usahakan untuk mengumpul sebanyak yang mungkin.








Selain dari itu, ini adalah beberapa benda kat rumah ni yang Kak Limah betul2 suka..




MENCARI RUMAH? TIPS DARI PENGALAMAN


Salam kepada pembaca semua. Kak limah ni bukanlah ahli "property agent" atau mana-mana jurunilai bersekutu dan arif sangat tentang hartanah ni. Ini sekadar perkongsian pengalaman sesama kita. Kalau rasa berguna, amiklah sebagai panduan, dan jika sebaliknya, biarkan ia melintas hingga dan pergi jauh.

Mengikut pergalaman kak limah, sebelum kita membuat keputusan untuk membeli rumah idaman kita, kita mesti dah tahu berapa budget 1) Bayaran bulanan 2) Berapa kos pendahuluan 3) Lain-lain belanja (org Tg Lumpur kata "hidden costs"). Setelah 3 perkara asas di atas telah dikenalpasti, langkah yang seterusnya ialah mengenal pasti, lokasi. Banyak pertimbangan perlu di ambil kira apabila kita bercakap tentang lokasi. Bagi syarikat pasaran besar "hypermarket", lokasi, lokasi dan lokasi adalah faktor utama sebelum mereka membuat keputusan melabur disesebuah kawasan.

Apabila lokasi kenalpasti, sila :
1) Buat tinjauan umum, memandu disekitar kawasan, bertanya dengan penduduk yang sedia ada dan melihat apakah kemudahan yang telah tersedia atau yang bakal dilaksanan
2) Membeli rumah "baru dibina" atau membeli "sub-sale" dari rumah-rumah yang telah sedia.
3) Jika anda ada kedua-dua opsyen "rumah baru" dan "rumah sedia ada", bandingkan harga semasa dan beberapa kos-kos yang lain
4) Kak Limah nak breakfast dulu..kueng2..to be continue..

Dibawah ni ada beberapa projek perumahan disekitar Kuantan.




Friday, 1 April 2011

Home Sweet Home - HSH

dadaaa...
hah ni ler pondok kak limah buat masa ni..kak limah namakan ianya sebagai Home Sweet Home - HSH, tak besar dan tak la sempit sangat..nak citer tak reti, kita tengok lah gambor ni sesama..


Ni sebelum kak limah pindah masuk, baru lepas touch-up kaler..okay tak?


 Ni dah ada barang sikit-sikit kan..


 Hah ni kira gambar master bedroom la..sekarang lebih kurang gini la.. maintain je

 Hah ni jelah perabut kat hall yang ada..

 Ni koleksi kesayangan kak limah..Jaafar Hussien

Kerusi Betawi Bench ni kak limah beli kat Kg Pasir, 
Ulu Kelang..the best place to relax..



Itu je la untuk hari ni, esok kita citer lain pulak..selamat malam..oh ya..pondok kak limah ni terletak di sebuah tempat dimana banyak terdapat pejabat-pejabat kerajaan (opis goment la katakan)

Mercuqaseh Resort Home - MRH

Tuan-tuan dan puan-puan!
Inilah rumah kak limah yang dibeli pada tahun 2010. Besar kemungkinan rumah ini boleh diduduki pada tahun ini. Tapi masalahnya, kak limah mungkin tak dapat menetap secara terus (datang on and off gitu) sebab kak limah bertugas di Malaysia Barat. Jadi tak tau lah bila kah masanya kak limah dapat menetap di sini....


 Kepada yang belum pernah sampai di Kuantan, ni lah sign board yang menghala ke kawasan perumahan kak limah di atas. Melalui LPT, exit di Tol Jabor dan dalam 2 km, pemandu akan sampai di kawasan ini (actually kat sini ada round-about besar) yang dikenali sebagai ASPA Cottage. Ambil arah Kuantan, dalam 2 km, pemandu akan sampai ke persimpangan Pintasan Pelabuhan Kuantan, dan ambil arah kiri (ke pelabuhan). Dalam 3km, pemandu akan sampai ke kawasan perumahan, penanda yang paling tepat ialah seperti gambar dibawah. 







Renung-renungkan, dan selamat memandu!