Salam kepada pembaca semua. Kak limah ni bukanlah ahli "property agent" atau mana-mana jurunilai bersekutu dan arif sangat tentang hartanah ni. Ini sekadar perkongsian pengalaman sesama kita. Kalau rasa berguna, amiklah sebagai panduan, dan jika sebaliknya, biarkan ia melintas hingga dan pergi jauh.
Mengikut pergalaman kak limah, sebelum kita membuat keputusan untuk membeli rumah idaman kita, kita mesti dah tahu berapa budget 1) Bayaran bulanan 2) Berapa kos pendahuluan 3) Lain-lain belanja (org Tg Lumpur kata "hidden costs"). Setelah 3 perkara asas di atas telah dikenalpasti, langkah yang seterusnya ialah mengenal pasti, lokasi. Banyak pertimbangan perlu di ambil kira apabila kita bercakap tentang lokasi. Bagi syarikat pasaran besar "hypermarket", lokasi, lokasi dan lokasi adalah faktor utama sebelum mereka membuat keputusan melabur disesebuah kawasan.
Apabila lokasi kenalpasti, sila :
1) Buat tinjauan umum, memandu disekitar kawasan, bertanya dengan penduduk yang sedia ada dan melihat apakah kemudahan yang telah tersedia atau yang bakal dilaksanan
2) Membeli rumah "baru dibina" atau membeli "sub-sale" dari rumah-rumah yang telah sedia.
3) Jika anda ada kedua-dua opsyen "rumah baru" dan "rumah sedia ada", bandingkan harga semasa dan beberapa kos-kos yang lain
4) Kak Limah nak breakfast dulu..kueng2..to be continue..
Dibawah ni ada beberapa projek perumahan disekitar Kuantan.
No comments:
Post a Comment