Thursday, 12 May 2011

KENAPA AKU DIUJI ?

Kak Limah baru balik dari berkursus...agak keletihan kerana tiga hari dua malam berturut-turut berusaha menyiapkan kertas kerja bersama-sama dengan rakan-rakan sekumpulan yang lain. Hari pertama sampai iaitu hari Selasa, perbincangan bermula dari jam 3.00 petang dan berlarutan sehingga jam 2.30 pagi. Hari kedua iaitu Rabu, perbincangan bersambung lagi dari jam 8.30 pagi sampailah ke pukul 11.30 malam. Itu pun Kak Limah beredar lebih awal kerana kepala sakit dan berdenyut-denyut. Mungkin sebab tak cukup tidur. Dua orang rakan sekumpulan Kak Limah cuba menyiapkan sehingga jam 2.30 pagi....aduhhh...laratnya mata diorang tuh... Dan hari ini, perbincangan bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tgh. Itu pun sebab kena check-out.

Cukuplah cerita tentang kursus... Kali ini Kak Limah nak kongsi artikel yang bagus untuk dijadikan renungan kita bersama. Kak Limah jumpa artikel ni semasa surf internet sambil-sambil menonton berita semasa. Kak Limah nak layan mata sebelum masuk tidor awal malam ni.... Apapun, semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari artikel di bawah ini ya.....


" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?
" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA KECEWA ??
" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "
-Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?
" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. "
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', "
-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... "
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. "
-Surah At-Taubah ayat 129


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!
" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. "
-Surah Yusof ayat 87

Artikel dari :

Sunday, 1 May 2011

SELAMAT HARI PEKERJA 2011

01 MEI 2011...bersamaan dengan HARI PEKERJA atau HARI BURUH atau hari cuti yang amat ditunggu-tunggu oleh para pekerja. Pada tahun 2011 ini HARI PEKERJA jatuh pada hari Ahad, maka berganda-ganda lah cuti umum kita yang bersambung sehingga hari Isnin. Jalan raya telah mula sesak semenjak hari Jumaat.... Manakan tidak, warga kota sememangnya menunggu-nunggu cuti panjang sebegini untuk bercuti atau pulang ke kampung halaman. Semalam pun semasa Kak Limah balik ke Kuala Lumpur, jalan raya teramatlah sesak dengan kenderaan-kenderaan yang tak pernah surut. Kadangkala terfikir juga, sampai bilalah kita harus menempuhi suasana kesesakan begini ya....

Sempena cuti yang panjang ini juga, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis kenduri kahwin dan sebagainya...yelah, mengambil peluang cuti Hari Pekerja barangkali. Kak Limah sendiri mendapat jemputan kenduri kahwin pada hari ini, tetapi memandangkan lokasi yang agak jauh dan juga keadaan yang tidak mengizinkan, Kak Limah tidak dapat memenuhi jemputan berkenaan. Terkilan juga rasanya tetapi halangan-halangan yang timbul tak dapat Kak Limah elakkan. Selain itu juga, beberapa orang sahabat Kak Limah sendiri melangsungkan perkahwinannya pada tarikh ini. Senang kan untuk mengingati tarikh istimewa yang sama dengan tarikh cuti umum seperti ini. 

Di kesempatan ini, Kak Limah ingin menyampaikan beberapa ucapan istimewa sepertimana paparan di bawah....yang berkaitan dengan tarikh 01 MEI 2011. Kak Limah doakan semoga sesiapa sahaja yang meraikan tarikh ini  bergembira selalu, berbahagia dan dirahmati olehNYA..... Yang penting, sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada, dan jangan dikesali dengan apa yang kita tiada.....amin....