Sunday 13 May 2012

TEMPAHAN KEK

Selamat petang...kali ni akak limah nak berkongsi gambar kek yang akak limah hasilkan untuk tempahan dari kakak angkat akak limah. Kek ini untuk ibunya sempena hari ibu... Bertuah kan orang yang ada ibu ni...seharusnya anak-anak yang masih ada ibu patut bersyukur dan sentiasa menjaga ibu masing-masing dengan sebaik-baiknya. Lainlah akak limah ni, ibu dah lama pergi mengadap Ilahi. Kadang-kala rasa rindu pada ibu yang akak limah panggil EMAK...apapun akak limah sedekahkan surah AL-FATIHAH untuk arwah emak dan semoga rohnya bersama-sama dengan orang yang beriman...aminn...

Kepada semua yang masih punyai ibu, sayangilah, hormatilah, ingatilah ibu anda setiap masa...selagi dia masih ada di dunia ini..... SeLAMAT HARI IBU.....



Ini kek yang baru diletakkan topping...agak berat kek ni tapi tak sempat nak menimbangnya...

Ha...tadaa...dah siap dihias...bunga ros lambang kasihnya anak kepada seorang ibu....

Kek coklat..coklat di luar dan coklat di dalam....feveret akak ni!

Last snap sebelum dibungkus...



No comments:

Post a Comment