Anyway, AkakLimah teringin nak berkongsi percutian AkakLimah ke beberapa tempat kebelakangan ini. Tapi kenalah update satu-persatu. Sebabnya tak laratlah AkakLimah nak menaip entry serentak kan...
Ok, AkakLimah telah bercuti ke Kuching, Sarawak pada Nov 2013. Biasalah..tiket murah kan. Sebelum ni penah lah sampai, tp atas sebab keje. Jd tak sempatlah nak cuci-cuci mata. Jadi kali ni AkakLimah lepas geramlah.... :-)
Sampan ni pengangkutan untuk ke seberang sungai sana... RM0.50 jer seorang... |
Add caption |
Ini bangunan DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK...amat cantik pada pandangan mata AkakLimah... |
Ni pelancong yang sama-sama naik sampan dengan AkakLimah. |
Berada di tengah-tengah Sungai Sarawak... Agak seriau sebenarnya..manalah tau, muncul si Bujang Senang.... (tinggi imaginasi...hi3) |
Antara Kek Lapis Sarawak yang dijumpai di sebuah kedai. |
Pada malam hari, AkakLimah telah menjamu selera di sebuah tempat istimewa...kat sini ada foodcourt yang menjual pelbagai jenis makanan laut...harganya boleh tahan lah, berpadanan dengan makanannya. Nama tempat ni TOP SPOT / TAMAN PERMATA. Kalau tanya orang-orang di situ mesti dorg tau punyer... Pemes tempat ni... Tapi disyorkan klau nak makan malam datang lah awal. Sebabnya orang terlalu ramai menjelang pukul 8.30mlm dan ke atas.
Minta maaflah...snap pakai tab ginilah rupanya. |
Ada banyak kedai yang boleh dipilih di sini. |
Ini tomyam seafood. Amat sedap! |
Terubuk bakar...fuuh...hingga menjilat jari... |
Butter prawn versi sarawak...tak sama yg mcm di Semenanjung..but i prefer this one! |
Selesai sudah segmen bercuti di Kuching ni... apapupun satu percutian yang menarik dengan makanan yang sedap2. Sempat lah sambar kek lapis sarawak beberapa ketul untuk dibawa balik ke Semenanjung. Banyak-banyak nanti kena bayar lebih pulak untuk luggage... AKhir sekali, dikongsikan menu makanan terakhir sebelum boarding di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching... nama kedai dah lupaaa....
No comments:
Post a Comment